Berapa modal nak mula melabur saham?

Berapa modal nak mula melabur saham?

By on Sep 13, 2017 in Blog, Tip Pelaburan Saham | 8 comments

Soalan ini sering ditanya oleh ramai orang yang baru nak mula melabur saham.

 

Soalan ini juga selalu ditanya oleh pelabur newbie.

 

Untuk menjawab persoalan ini, saya akan kongsi berapa modal yang diperlukan untuk dapat mula melabur saham.

 

Sebelum itu saya nak kongsi beberapa mesej atau pertanyaan yang saya selalu terima.

 

Ada tanya, puan betul ke nak melabur saham ni kena mula dengan RM30K?

Ada tanya, puan betul ke pelaburan saham ni untuk orang-orang kaya je?

 

Ramai yang mempunyai persepsi nak mula melabur dalam pasaran saham kena ada wang berpuluh ribu ringgit baru boleh melabur saham atau beli jual saham.

Sebenarnya ia sangat kurang tepat.

 

Ada jugak tanya, puan modal saya sikit, ada peluang ke saya nak melabur saham?

Jawapannya : boleh je walau dengan modal yang kecil.

 

Dengan modal yang sedikit pun, kita masih boleh turut serta dan mula melabur di pasaran saham syariah Bursa Malaysia.

 

Bagi yang banyak wang, memang bonus.

Tapi jika banyak wang pun tapi tak tahu nak melabur saham, rugi jugak.

 

Berapa modal nak kena ada untuk mula terlibat dalam pasaran saham?

 

Jawapan :

Bukan broker atau bank investment atau remisier & dealer yang tetapkan.

Bursa Malaysia telah tetapkan nak beli saham jumlah minimum adalah dalam bentuk unit saham.

 

Nak mula melabur boleh beli saham minimum 100 unit.

Nak beli 1,000 unit boleh, 10,000 unit boleh.

Berapa banyak unit nak beli & modal bergantung kepada tahap kemampuan kewangan individu.

 

Jom saya tunjukkan cara kira modal nak mula melabur saham.

 

Jumlah minimum beli saham adalah 1 Lot = 100 unit.

Nak beli lebih dari 100 unit boleh, 1,000 unit, 10,000, nit 20,000 unit boleh dan seterusnya.

Ia bergantung kepada indivdiu.

 

Cara kira :
Harga saham semasa x jumlah unit saham yang kita nak beli = modal kita

 

Situasi 1
Harga saham semasa yang kita nak beli : 10 sen
Jumlah unit nak beli : 100 unit
Cara kira
0.10 x 1000 unit = modal RM100

 

Situasi 2
Harga saham semasa yang kita nak beli : 10 sen
Jumlah unit nak beli : 1,000 unit
Cara kira
0.10 x 10,000 unit = modal RM1000

 

Situasi 3
Harga saham semasa yang kita nak beli : 50 sen
Jumlah unit nak beli : 5000 unit
Cara kira
0.50 x 5000 unit = modal RM2,500

 

Situasi 4
Harga saham semasa yang kita nak beli : RM1.00
Jumlah unit nak beli : 10,000 unit
Cara kira
1.00 x 10,000 unit = modal RM10,000

 

Realiti Saham

Modal saham bergantung kepada individu berapa jumlah wang yang kita nak gunakan untuk beli jual saham di Bursa Malaysia.

Nak mula RM100, RM500, RM1,000, RM10,000 atau RM100,000 pun boleh.

Semua bergantung kepada anda.

 

 

Semoga perkongsian ilmu pelaburan saham ini bermanfaat dan dapat bantu anda lebih faham tentang pasaran saham.

 

Nak saya kongsi banyak lagi ilmu saham, lepas habis baca post ni bantu saya terus SHARE post ini agar lebih ramai yang dapat manfaat.

 

Terima kasih.

 

Bengkel Saham Intensif

 

P/S – Berminat nak belajar bagaimana nak membuat keuntungan dalam pasaran saham syariah Bursa Malaysia,

boleh hadir Bengkel Saham Intensif yang saya adakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru.

 

Nak info detail dan nak daftar boleh ke laman web ini.  KLIK je sekarang.

http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

 

Terima kasih.

 

 

 

 

 

 

Asma Nasarudin
Penulis, Pelabur & Coach Saham

 

Nak selalu dapat tips saham, LIKE FB official saya. 

KLIK di sini http://www.facebook.com/ebooksaham

    8 Comments

  1. Terima kasih puan diatas penerangannya, maaf boleh bertanya dijohor bahru bila dan dimana ye puan.

    Illa

    14 September 2017

  2. Yuran untuk newbieu dan confirm ke klau ikuti kursus ble trade sendiri
    ..

    Feisol

    14 September 2017

  3. saya memang zero tentang saham…tapi saya nak berjaya dalam saham…semoga cita2 saya berjaya insyaAllah

    mohamad

    28 September 2017

    • Tahniah berminat.

      Pendaftaran Bengkel Saham Intensif 2018 sudah dibuka.

      Berminat boleh daftar sekarang.

      Nak info detail atau nak daftar boleh terus ke laman web ini sekarang.

      http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

      InsyaAllah kita jumpa.
      Terima kasih.

      Asma Nasarudin Asma Nasarudin

      27 February 2018

  4. assalamualaikum puan sy kurng fhm tentg prlaburn ini…blhkh puan jels kn kpda sy malalui wssp..0139237622

    mohd khusairy

    15 January 2019

    • Waalaikumsalam Tuan,

      Sebarang pertanyaan boleh emel ke richkreatif@gmail.com atau inbox kami di fb Asma Nasarudin wwww.facebook.com/eboooksaham.

      Nak belajar tentang pelaburan saham boleh baca perkongsian saya secara percuma di website wwww.ebooksaham.com

      Boleh juga hadir di Bengkel Saham Intensif 2019.

      Belajar dari asas ke advance macam mana nak buat keuntungan dipasaran saham shariah Malaysia.

      Nak info detail
      Nak daftar
      Boleh terus KLIK link di bawah ni ya.

      Bengkel Saham Intensif 2019
      http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

      Terima kasih.

      Asma Nasarudin Asma Nasarudin

      16 January 2019

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *