15 Kelebihan DIY Pelaburan Saham

15 Kelebihan DIY Pelaburan Saham

By on Mar 30, 2016 in Blog, Tip Pelaburan Saham | 10 comments

Setiap pelaburan ada pro & kontra, ada kelebihan dan kelemahan.

Apa saja yang kita lakukan ada pro dan kontra, ada kelebihan dan kelemahan.

Tapi itu perkara biasa.

Apa yang penting bagaimana kita nak mengambil peluang pada kelebihan yang ada.

 

15 Kelebihan DIY Pelaburan Saham, antara kelebihan yang tidak terdapat dalam pelaburan lain.

 

1.  Kita boleh tetapkan sasaran peratusan keuntungan sama ada setiap hari, minggu, bulan atau tahun. Tidak ada ketetapan terhadap peratusan keuntungan.

 

2.  Beli dan jual saham pada bila-bila masa dari Isnin-Jumaat, dari 9 pagi-5 petang.

 

3.  Beli jual saham mengikut keupayaan kewangan. Pembelian minimum adalah 1 lot bersamaan 100 unit saham. Jika harga saham RM1.00 x 100 unit = RM100.

 

4. Dalam transaksi beli jual saham, kita boleh masuk duit, tambah duit dan keluarkan duit dari akaun transaksi kita pada bila-bila masa.

 

5.  Kita boleh menjual saham kita pada bila-bila masa yang kita suka bila sudah capai sasaran keuntungan pada bila-bila masa.

 

6.  Dalam transaksi beli jual saham, kita boleh batalkan atau tukar jumlah unit saham yang kita hendak beli atau jual pada bila-bila masa selagi harga belum padan atau “match”. (harga beli jual yang kita inginkan).

 

7.  Dalam transaksi penjualan saham, bila harga yang kita inginkan padan atau match, transaksi akan diproses oleh broker saham dan keuntungan terus dimasukkan ke akaun urusniaga saham kita.

 

8.  Beli jual saham boleh dilakukan melalui internet dan smart phone. Boleh juga dengan menggunakan khidmat remisier atau dealer syarikat broker saham kita.

 

9.  Hanya bayar RM10.60 untuk buka akaun transaksi (trading account) dan akaun CDS (Central Depository System).

 

10.  Kita boleh pilih sendiri saham-saham patuh syariah. Status saham- saham ini dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

11.  Pelaburan sah, selamat dan dikawal ketat oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

12.  Syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan pelabur saham tertakluk di bawah kawalselia oleh agensi ini.

 

13.  Beli saham, dengan kata mudah kita membeli sebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham iaitu syarikat-syarikat di Malaysia. Kita pemilik hak atau pemegang saham syarikat . Jika syarikat itu untung, kita dapat untung mengikut jumlah saham yang kita beli.

 

14.  Kita tidak perlu buka bisnes besar dan menguruskannya. Dengan beli saham syarikat, kita sebenarnya beli tenaga dan bisnes syarikat. Kita dibayar dalam bentuk dividen dan kenaikan harga saham mengikut jumlah saham yang kita beli. Ini bagi strategi investing.

 

15.  Proses beli jual saham adalah sangat sistematik, flexible, mudah, cepat dan lumayan.

 

Semoga perkongsian ilmu pelaburan saham ini bermanfaat dan dapat bantu anda lebih faham tentang pasaran saham.

 

Nak saya kongsi banyak lagi ilmu saham, lepas habis baca ni bantu saya terus SHARE post ini agar lebih ramai yang dapat manfaat. Terima kasih.

 

Bengkel Saham Intensif

P/S – Berminat nak belajar bagaimana nak membuat keuntungan dalam pasaran saham syariah Bursa Malaysia,

boleh hadir Bengkel Saham Intensif yang saya adakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru.

 

Nak info detail dan nak daftar boleh ke laman web ini.  KLIK je sekarang.

http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

 

Terima kasih.

 

My Photo

Asma Nasarudin

Pengasas Rich Kreatif

Penulis, Pelabur & Coach Saham

 

 

    10 Comments

  1. Assalamualaikum Puan Asma…saya zero pasal jual beli saham..pernah buka akaun CDS dgn.CIMB tapi dah lebih setahun dan tak pernah cuba buat jual beli saham sebab takut/tiada ilmu (zero)…saya ada modal kecil Rm10000 bolehke join dan macamana caranya ?

    Rosle B Omar

    24 March 2017

  2. Assalamualaikum…
    Mngenai saham sy sangat zero,tdk prnah trlibat dgn saham ataupn forek…jd,smua yg sy nk bljar adalh prkara/prkataan baru.Kbiasaannya yg hadir utk sminar atau program saham ni adalh mereka scara tdk langsung prnah dgn saham,cuma mrk ni ingin mantapkn ilmu.Mengajar yg tahu dan tdk thu saham mmrlukan pndekatan yg brbeza….jadi,bgmanakan utk sy yg tdk prnah trlibat dgn saham ni?..

    Mohd Zamzuri Awang

    2 April 2017

  3. Mcmana nak mula beli n jual saham slps membuka akaun cds

    shamsinar

    8 May 2017

    • Tahniah dah buka akaun saham.

      Seeloknya download user guide atau manual cara-cara beli jual saham menggunakan trading platform.

      Asma Nasarudin Asma Nasarudin

      2 May 2018

  4. Saya dah buka akaun cds,tapi masalahnya ilmu masih kurang

    mohd firdaus

    16 October 2017

    • Tahniah dah buka akaun saham.

      Seeloknya download user guide atau manual cara-cara beli jual saham menggunakan trading platform.

      Bengkel Saham Intensif sesuai untuk yang zero knowledge dan pelabur newbie.

      Belajar 2 hari dari asas ke advance persediaan bagaimana nak buat keuntungan di pasaran saham syariah Bursa Malaysia.

      Selepas Bengkel peserta akan terima 12 Siri Tutorial Saham bernilai RM297 secara Percuma & dapat Bantuan Susulan melalui Private Whatsapp Group Support 3 bulan percuma.

      Bengkel Saham Intensif
      http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

      Asma Nasarudin Asma Nasarudin

      2 May 2018

  5. Saya berminat utk belajar trade saham. Saya tak pernah trade saham. Baru nak belajar.

    Roslawati

    10 November 2018

    • Tahniah berminat!

      Boleh hadir belajar cikpuan.

      Nak info detail
      Nak daftar

      Boleh terus KLIK link di bawah ni ya

      http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

      Nota : Bantu kami SHARE post ini bagi manfaat ramai orang.

      Terima kasih.
      Kita jumpa!

      Asma Nasarudin Asma Nasarudin

      21 November 2018

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *