4 Soalan Penting Bantu Pelabur Saham Maksima ROI

4 Soalan Penting Bantu Pelabur Saham Maksima ROI

By on Nov 30, 2015 in Blog, Tip Pelaburan Saham | 0 comments

 

 

4 soalan ini perlu pelabur tanya sebelum membeli saham untuk tujuan pelaburan investing.

 

4 soalan ini penting untuk bantu pelabur untuk maksima untung atau ROI.

 

Investing adalah pelaburan aset  iaitu beli saham dan simpan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

 

Pelaburan aset bermaksud nilai saham akan naik dari tahun ke tahun umpama membeli hartanah.

 

Ada 2 keuntungan yang boleh diraih sepanjang kita beli & miliki saham ini iaitu kenaikan harga saham dan dividen.

 

Contoh situasi keuntungan yang diperolehi dari kenaikan harga saham & dividen.

 

  1. Pulangan dari kenaikan harga saham

Puan Siti beli saham syarikat R pada harga RM1.00 sebanyak 3,000 unit pada 1 November 2015.

Jual pada harga RM2.00 sebanyak 3,000 unit selepas 5 bulan simpan saham terserbut iaitu pada 30 April 2016.

Pulangan yang diterima 50% dalam masa 5 bulan bersamaan RM3,000.

 

  1. Pulangan dari pemberian dividen

Padan bulan Disember 2015 & Mac 2016 syarikat R umumkan pemberian dividen sebanyak 6%.

Dividen yang diterima adalah RM180 dalam masa 5 bulan.

 

Lagi tinggi jumlah tinggi peratus untung dan jumlah unit saham yang dibeli, lagi banyak untung & dividen yang diterima.

 

4 Soalan Penting Sebelum Beli Saham Strategi Investing

 

Sebagai panduan, saya kongsikan 4 soalan utama yang pelabur atau bakal pelabur perlu tanya sebelum membeli saham syarikat untuk tujuan investing.

Pastikan saham syarikat yang ingin dibeli memenuhi kriteria ini.

Tujuannya untuk maksima untung & dapat ROI yang tinggi.

 

Soalan 1 

Syarikat ini buat bisnes apa?

Pilih saham syarikat yang kita faham jenis bisnes syarikat tersebut.

Syarikat yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh ramai orang, sangat tinggi potensi untuk harga saham terus konsisten naik.

Sebagai contoh syarikat telekomunikasi mempunyai potensi untuk terus berkembang untuk jangka masa panjang disebabkan permintaan yang sering meningkat di tambah lagi ianya sudah seperti menjadi keperluan dan gaya hidup.

Ada banyak sektor yang berpotensi dan berkembang yang boleh kita pilih.

 

Soalan 2

Syarikat ini untung atau rugi dalam tempoh 3-5 tahun?

Melabur pada syarikat yang memcatatkan keuntungan yang konsisten sekurang-kurangnya 3-5 tahun.

Ini kerana pelabur hanya yakin dan ingin melabur pada syarikat yang untung bukan rugi.

Bila ramai pelabur yang beli saham ini, lebih cepat harga saham akan naik dan lebih mudah nak dapatkan pulangan ROI yang tinggi.

Semua penyata kewangan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia boleh dimuat turun di laman web Bursa Malaysia.

 

Soalan 3

Apa trend utama harga saham syarikat ini dalam tempoh 3-5 tahun?

Beli saham syarikat yang trend utama harga saham adalah naik secara konsisten dalam masa 3-5 tahun.

Naik turun yang sedikit tidak mengapa sebab ia adalah aktiviti normal kerana adanya aktiviti ambil untung.  Apa yang penting, lihat trend harga pada pandangan tempoh 3-5 tahun.

Elakkan beli saham yang trend harga tidak menentu dan trend sedang menurun.

 

Soalan 4

Adakah saham syarikat yang ingin dibeli memenuhi 6 elemen penting Analisa Fundamental?

6 elemen Analisa Fundamental adalah indikator penting bagi membantu pelabur memilih saham syarikat yang terbaik dan memberi pulangan yang tinggi.

 

 

Nota Penting:

Kebanyakkan saham syarikat yang memenuhi 4 kriteria ini sering memberi pulangan terbaik kepada pelaburnya.

Harga saham syarikat ini sering naik secara konsisten disebabkan keyakinan ramail pelabur terhadap syarikat tersebut.

Apa yang penting dalam pelaburan strategi investor adalah buat kajian sekali.  Hasilnya dapat dinikmati konsisten sepanjang bulan atau tahun.

Beli saham yang telah memenuhi kriteria ini.  Mudah-mudahan berhasil menggandakan wang cara bijak.

 

Semoga perkongsian ilmu pelaburan saham ini bermanfaat dan dapat bantu anda lebih faham tentang pasaran saham.

Nak saya kongsi banyak lagi ilmu saham, lepas habis baca ni bantu saya terus SHARE post ini agar lebih ramai yang dapat manfaat.  Terima kasih.

 

Bengkel Saham Intensif

P/S – Berminat nak belajar bagaimana nak membuat keuntungan dalam pasaran saham syariah Bursa Malaysia,

boleh hadir Bengkel Saham Intensif yang saya adakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru.

 

Nak info detail dan nak daftar boleh ke laman web ini.  KLIK je sekarang.

http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

 

Terima kasih.

 

My Photo

Asma Nasarudin
Penulis, Pelabur & Cocah Saham

 

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *