4 Cara Cipta Income Baru 2015

4 Cara Cipta Income Baru 2015

By on Dec 21, 2014 in Blog, Tip & Inspirasi | 0 comments


10 hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2015.

Alhamdulillah, banyak peluang, perubahan dan kejayaan yang telah diraih dalam tahun 2014. Memang ada halangan dan masalah tapi semua itu perkara biasa dan sebahagian proses mencipta kejayaan yang lebih besar.

Anda bagaimana?

Ungkapan ini sering kita dengar dari mereka yang telah kaya bejaya,

 

 

“untuk berjaya kita perlu sentiasa bersedia untuk berubah, dari zon selesa ke zon yang kurang menyenangkan, belajar sesuatu yang baru”.

 

“To improve is to change. To be perfect is to change often”.

 

Bagi yang ingin tambah pendapatan dan tingkatkan kewangan, ada 4 cara cipta income baru 2015.

 

1. Buat bisnes.

Bisnes adalah cara paling cepat untuk tambah pendapatan.

Bagi yang sudah berniaga, tentu fokus tahun ini untuk tingkatkan jualan, perbaiki dan tambah produk dan perkhidmatan, buka dan tambah cawangan baru serta kembangkan jumlah agen dan pelbagai lagi.  Semoga banyak kejayaan yang diraih pada tahun 2015 ini.

Bagi yang belum mula tapi tak ada idea, ada banyak cara untuk bermula dengan modal yang rendah.

Kini bisnes secara online di facebook dan instagram adalah cara paling mudah dan murah untuk bermula. Mula dengan apa yang kita boleh buat dan minat.

Contohnya jika pandai buat kek, boleh jual kek atau buka kelas buat kek. Jika boleh design website, bantu usahawan buat website mereka.  Jika mahir subject maths, boleh buka kelas tuition dan banyak lagi.  Boleh juga jadi agen dan jual barang orang lain yang sudah ada, produk yang bagus dan laris.

Untuk permulaan fokus pada apa yang kita tahu buat.

 

2. Buat pelaburan.

Pelaburan adalah cara bijak gandakan wang kerana dengan pelaburan yang betul, wang bekerja keras secara berterusan untuk kita.

Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad’s Cashflow Quadrant, menyatakan kebanyakan orang-orang kaya menerima 70% pendapatan mereka daripada pelaburan.

Terdapat banyak peluang pelaburan yang sah, selamat dan menguntungkan di Malaysia seperti pelaburan saham Bursa Malaysia, emas, hartanah dan banyak lagi.

Dalam pelaburan saham, value investing adalah cara pelaburan paling mudah, selamat dan berisiko rendah.

Juga sangat lumayan dari segi pulangan jangka masa sederhana dan panjang.

Value investing adalah membeli saham dengan harga lebih rendah daripada nilai bisnes yang sebenar. Selalunya saham yang berpotensi adalah saham syarikat-syarikat besar negara dan sering mencatatkan keuntungan.

Orang yang bekerja dan bisnes memang sesuai jadi pelabur atau dikenali sebagai investor.  Sebab kita tak perlu tengok saham hari-hari. Kita hanya perlu mengambil peluang membeli mana-mana saham syarikat yang ditawarkan di Bursa Malaysia.

Sebagai pemegang saham syarikat, kita dibayar dalam bentuk dividen dan kenaikan harga saham berdasarkan jumlah saham yang kita beli.

Kini beli jual saham boleh dilakukan melalui smartphone. Syarikat broker saham juga sering membuat kajian dan memberi maklumat tentang saham-saham bepotensi. Semua ada dihujung jari.

Sebelum melabur, pelajari cara dan teknik yang berkesan buat keuntungan di pasaran saham. Melabur tanpa ilmu sama seperti berjudi.

Berminat nak belajar cara buat duit cara santai di pasaran saham, dapatkan eBook 7 Teknik Pantas Buat Duit Di Pasaran Saham di laman web ini  sekarang.

 

3. Belajar ilmu bisnes, kewangan dan pelaburan.

Buku apa yang kita telah baca sebulan lepas akan mempengaruhi siapa kita sebulan akan datang.  Jika kita tidak membaca, pasti kita tidak akan alami sebarang perubahan. Pilih topik yang ingin kita kuasai dan minat. Fahami dan buat bagaimana orang yang telah berjaya buat dan kita buat dengan lebih baik.

Hadir ke kelas atau seminar ilmu bagi mantapkan bidang yang kita ingin kuasai.

Membaca dan menghadiri kelas atau seminar merupakan teknik short-cut bagi mendapatkan ilmu dan real experience yang telah bertahun-tahun dilalui dan dipelajari oleh mereka yang telah bejaya.  Kita hanya perlu fahami dan aplikasi dalam masa yang singkat.

Orang-orang yang kaya berjaya sentiasa upgrade ilmu mereka.

 

4. Berkawan dengan puak positif dan kaya berjaya.

Siapa 10 kenalan kita yang paling banyak masa kita habiskan bersama mereka?

Mentor saya kata, dengan siapa kita associate diri kita dan berkawan hari ini, sangat menentukan siapa kita dalam masa akan datang.

Pilih untuk berkawan dan berkenalan dengan mereka yang telah berjaya, lebih hebat daripada kita, orang-orang yang positif dan sentiasa ingin berubah ke arah yang lebih baik.

Semoga perkongsian ini membantu dan membuka peluang sesiapa saja untuk berjaya.

 

Selamat Tahun 2015!

 

My Photo

Asma Nasarudin

Pengasas Rich Kreatif

Penulis, Pelabur & Coach Saham

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *