Jangan Fokus Pada Impian Jika Ingin Berjaya

Jangan Fokus Pada Impian Jika Ingin Berjaya

By on Aug 29, 2015 in Blog, Tip & Inspirasi | 0 comments

 

Jangan fokus pada impian jika ingin berjaya.

 

“Jangan fokus pada impian, jika ingin capai impian anda” – Rigger Rivers

 

Kata-kata ini sangat berbeza dari yang biasa kita dengar tentang mencapai impian.

 

Yang biasa kita dengar “jika ingin berjaya fokus pada impian”.

 

Yang biasa kita dengar “tetapkan impian, tulis impian anda, fokus pada impian dan tengok senarai impian anda setiap hari.

 

Tetapi fokus pada impian semata-mata, bukanlah cara terbaik untuk mencapai impian kita, kata Rigger Rivers.

 

Fokus kepada impian saja akan menyebabkan kita mudah sedih, kecewa dan mungkin putus asa terutamanya jika impian belum dicapai dan kita menghadapi cabaran.

 

Rigger Rivers kata;

“if you want to achieve your goals, stop focusing on your goals, focus on your behaviour”.

 

“You cannot control you goals but you can control your behaviour. Goals require the participant of others”.

 

Ia bermaksud, jika nak capai impian kita, berhenti dari hanya fokus pada impian saja tetapi fokus pada tindakan, fokus pada tingkah laku kita untuk mencapai impian.

 

Kenapa?

 

Sebab mencapai impian adalah diluar kawalan kita.  Apa yang boleh kita kawal adalah tindakan kita dalam mencapai impian.  Sebab kita memerlukan penglibatan orang lain untuk mencapai impian kita.

 

3 kisah realiti

 

1.  Kisah Pelajar Cemerlang

 

Jika kita adalah seorang pelajar, dan kita nak dapat markah A.

Untuk dapat markah A adalah diluar kawalan kita.  Kita tidak boleh tulis markah A di kertas jawapan.

Ada guru yang memeriksa dan bagi markah.  Apa yang boleh kita buat untuk dapat A? Rajin belajar, ulangkaji dan fokus semasa di kelas.

 

2.  Kisah Ibubapa Penyayang

 

Ibubapa tentu nak anak yang baik, rajin belajar, pandai dan semua perkara-perkara yang baik untuk anak mereka. Itu impian semua ibubapa untuk anak-anaknya.

Tetapi bagi anak kecil mereka suka main daripada belajar.  Mereka tidak tahu pun impian ibubapa.  Akhirnya, ibubapa marah dan pukul anak yang tak ikut cakap dan arahan.

Ibubapa tidak boleh kawal 100% kemahuan anak-anak tetapi apa yang kita boleh kawal tingkah laku kita, reaksi kita dengan beri contoh yang terbaik agar anak-anak ikut cakap.

 

3. Kisah Usahawan Berjaya

 

Begitu juga dalam bisnes.  Kita tidak boleh beli sendiri barang yang kita jual hanya sebab nak capai sasaran jualan. Kita kena ada pembeli.  Kena ada pelanggan yang nak beli. Fokus pada apa yang boleh kita lakukan untuk membantu pelanggan.

 

Apa yang kita pelajari?

 

Fokus pada tingkah laku, attitude dan tindakan untuk capai apa jua impian dalam hidup.

 

Untuk capai apa jua impian dalam kehidupan,  tanya diri kita apa perlu dilakukan hari ini, esok dan masa akan datang untuk capai impian itu?  Konsisten dan istiqamah dalam mencapai impian.

 

Tulis impian kita dan selebihnya fokus pada apa yang perlu kita lakukan setiap hari.

 

Akhir sekali, doa dan tawakal.

 

Semoga perkongsian ini memberi sumber inspirasi, beri semangat baru dan boleh juga sebagai recharge energi untuk bertindak mencapai impian kita berjaya dunia akhirat!

 

Suka dengan perkongsian saya, boleh share pada sahabat-sahabat positif anda.

Terima kasih.

 

My Photo

Asma Nasarudin

Pengasas Rich Kreatif

Author, Entrepreneur & Investor

 

Pelaburan terbaik adalah pelaburan nilai bukan harapan.

 

Nak belajar bagaimana cara memilih saham berkualiti dan berpotensi untung, klik link di bawah ini http://www.ebooksaham.com/blog/bengkel-saham-sept-2015/

 

 

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *