Cara Mudah Kira Untung Saham

Cara Mudah Kira Untung Saham

By on Apr 30, 2016 in Blog, Tip Pelaburan Saham | 0 comments

Ada 2 pulangan diterima oleh pelabur saham:

 

1.  Keuntungan dari kenaikan harga saham.

 

Pulangan dari kenaikan harga saham atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Capital Gain.

Bahasa mudah yang selalu kita dengar ROI, PROFIT atau UNTUNG.

Capital Gain hanya diperolehi sekiranya transaksi beli dan jual telah dijalankan.

 

2.  Dividen dibayar kepada pelabur

 

Dividen dibayar kepada pelabur mengikut prestasi keuntungan syarikat.

Dividen adalah tunai tambahan atau sebagai bouns diberi kepada pelabur.

Berapa banyak dan berapa kali dividen diterima mengikut prestasi syarikat di mana kita melabur.  Ada sekali setahun, ada 2 kali, 3 kali atau lebih dari 4 kali setahun.

Dividen dibayar sama ada dalam bentuk tunai dimasukkan secara auto ke dalam akaun atau pemberian dalam bentuk unit saham.

 

Bagaimana cara kira untung dari kenaikan harga saham (Capital Gain)?

 

Sebagai contoh:

a) Kita beli saham syarikat xxx pada harga 50 sen sebanyak 3,000 unit

0.50 x 3,000 = RM 1,500 (modal pelaburan)

 

b) Selepas 2 minggu harga naik sebanyak 90 sen dan kita jual pada harga 0.90 sebanyak 3,000 unit.

RM0.90 x 3,000 unit = RM2,700 (modal pelaburan berganda)

 

c) Duit permulaan kita RM1,500, berkembang menjadi RM2,700.

Kenaikan atau tambahan wang sebanyak RM1,200 (untung kasar)

Kenaikan harga atau untung sebanyak 50%.

Jadi keuntungan berdasarkan kenaikan harga & unit saham yang dibeli dan jual.

 

Nota: Ada caj minima kurang daripda 0.5% dikenakan oleh bank investment atau broker house bagi setiap transaksi. Caj perkhidmatan sama macam kita guna perkhidmatan di bank.

 

 

Bagaimana cara kira dividen yang diperolehi?

 

Sebagai contoh:

a) Syarikat xxx akan mengumumkan akan memberi dividen sebanyak 10% kepada pelaburnya. kita ada beli saham sebanyak 3,000 unit.

 

b) Kita beli saham syarikat xxx pada tarikh ex-date dan kita masih simpan saham tersebut sehingga tarikh yang akan diumumkan dividen, kita layak menerima dividen.

 

c) Dividen kemudiannya akan dibayar pada satu tarikh yang telah dibertiahu berdasarkan peratus dividen dan unit saham yang dipegang.

 

d) Dividen akan dimasukkan secara auto ke dalam akaun pelabur.

3,000 unit x 10% = RM300 dividen diterima.

 

Tips : Harga saham naik atau turun dari harga saham yang kita beli, dividen tetap akan diberi.

 

Berapa Modal + Kenaikan Harga + Dividen?

Jumlah modal pertama = RM1,500

Profit = RM 1,200 + Dividen RM300 = RM 1,500

Jumlah berganda dari RM1,500 ke RM 3,000 (sebelum tolak caj broker kurang dari 0.5% untuk capital gain saja)

 

Semoga perkongsian ilmu pelaburan saham ini bermanfaat dan dapat bantu anda lebih faham tentang pasaran saham.

 

Nak saya kongsi banyak lagi ilmu saham, lepas habis baca ni bantu saya terus SHARE post ini agar lebih ramai yang dapat manfaat.  Terima kasih.

 

Bengkel Saham Intensif

P/S – Berminat nak belajar bagaimana nak membuat keuntungan dalam pasaran saham syariah Bursa Malaysia,

boleh hadir Bengkel Saham Intensif yang saya adakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru.

 

Nak info detail dan nak daftar boleh ke laman web ini.  KLIK je sekarang.

http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

 

 

Terima kasih.

 

My Photo

Asma Nasarudin

Pengasas Rich Kreatif

Penulis, Pelabur & Coach Saham

 

 

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *