Macam mana nak buka akaun saham?

Macam mana nak buka akaun saham?

By on Feb 28, 2017 in Blog, Tip Pelaburan Saham | 12 comments

3 pertanyaan yang selalu saya terima khasnya dari pelabur baru atau individu yang baru dengar tentang pelaburan saham.

 

Antara soalan yang selalu saya terima :

 

1.  Macam mana nak buat akaun saham?

2.  Dimana nak buka akuan saham?

3.  Bagaimana nak buka akaun saham?

 

Ini cara mudah & betul nak buka akaun saham

 

Langkah pertama pergi ke mana-mana Bank Investment (Bank Pelaburan) atau Broker Saham Berdaftar yang berdekatan dengan tempat anda.

Antara bank atau broker yang biasa kita dengar seperti berikut

Maybank Invsetment Bank Bhd

RHB Investment Bank Bhd

CIMB Investment Bank Bhd

BIMB Securities Sdn Bhd

JF Apex Securities Bhd

Kenanga Investment Bank Bhd

Banyak lagi….

 

Nak dapatkan senarai lengkap Bank Investment atau Broker Berdaftar boleh ke laman web Bursa Malaysia www.bursamalaysia.com

Anda boleh dapatkan senarai Bank Investment atau Broker Berdaftar yang berdekatan dengan tempat tinggal dan negeri masing-masing.

Bursa Malaysia adalah organisasi yang mengawal selia segala aktiviti saham- saham di Malaysia.

Tapi kalau nak buka akaun saham kena pergi ke Bank Investment atau Broker Berdaftar.

 

Saya nak bagi TIPS : Jika ada yang offer SAHAM selain daripada buka di senarai diatas, periksa dulu dengan Bank Negara. Itu mungkin scam atau skim yang tidak diiktiraf.

 

 

Apa yang perlu disediakan sebelum pergi buka akaun saham?

 

  1. Kena bawa Kad Pengenalan
  2. Sediakan wang RM10.60 bayaran buka akaun saham
  3. Ada setengah bank atau broker memerlukan 3 bulan penyata kewangan terkini. Ada jugak yang tidak perlu.  Ia bergantung kepada bank atau broker tersebut.

Jadi sebelum pergi sediakan dokumen diatas.

 

Seeloknya hubungi bank tersebut dahulu dan tanya apa yang dokumen diperlukan khasnya jika student atau umur baru 18 tahun.

Beritahu anda nak buka CDS Account dan Trading Account; beli jual saham atau stock atau equity di Bursa Malaysia.

 

Berapa lama permohonan diproses?

 

Kebiasaanya permohonan akan diproses 1-2 minggu atau 3 mingg sebelum diluluskan.

Selepas permohonan diluluskan anda akan terima surat & emel daripada Bank Investment atau Broker Berdaftar di mana anda buka akaun saham.

Bila dah diluluskan anda sudah boleh mula akses trading platform dan melabur saham menggunakan username & password anda.

Info tambahan saya nak bagi.

Jangan pergi bank biasa tempat kita keluar masuk duit. Kena pergi bank pelaburan.  Contoh jika nak buka akaun di Maybank, pergi ke Maybank Investment bukan Maybank biasa.

Buka CDS Account & Trading Account untuk melabur saham di syarikat berhad di Malaysia.

Nak buka akaun saham, individu yang nak buka akaun saham perlu hadir bukan orang lain.

 

Ini adalah pelaburan sah & betul sebab kita buka akaun dengan Bank Investment atau Senarai Broker Berdaftar.

 

Semoga perkongsian ilmu pelaburan saham ini bermanfaat dan dapat bantu anda lebih faham tentang pasaran saham.

 

Nak saya kongsi banyak lagi ilmu saham, lepas habis baca ni bantu saya terus SHARE post ini agar lebih ramai yang dapat manfaat. Terima kasih.

 

Bengkel Saham Intensif

P/S – Berminat nak belajar bagaimana nak membuat keuntungan dalam pasaran saham syariah Bursa Malaysia,

boleh hadir Bengkel Saham Intensif yang saya adakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru.

 

Nak info detail dan nak daftar boleh ke laman web ini. 

KLIK je sekarang.

 

Asma Nasarudin

Penulis, Pelabur & Coach Saham

 

 

 

    12 Comments

  1. Bengkel saham 2018

    Rosilan

    29 December 2017

  2. Terima kasih.Tahniah berminat.

    Kami akan update bila pendaftaran Bengkel Saham Intensif 2018 dibuka.

    Nak selalu dapat update dan tips saham, buat 2 langkah mudah ni:

    1. Like FB page Asma Nasarudin

    2. Tekan See First di bahagian LIKE sekarang.

    Nak info detail boleh ke laman web dibawah.

    http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

    Asma Nasarudin Asma Nasarudin

    3 January 2018

  3. dh buka tp x tau nk buat LPs tu

    meera

    23 April 2018

    • Tahniah dah buka akaun saham.

      Seeloknya download user guide atau manual cara-cara beli jual saham menggunakan trading platform.

      Asma Nasarudin Asma Nasarudin

      2 May 2018

  4. Ebook tu x boleh buka pun??

    Roy

    18 May 2018

    • Pastikan data internet tuan mencukupi.

      Tahniah berminat.

      Pendaftaran Bengkel Saham Intensif 2018 di 4 lokasi ini dibuka sekarang.

      ✓Kuala Lumpur
      ✓Johor Bahru
      ✓ Kota Kinabalu
      ✓ Kuching

      Nak info detail & nak daftar, boleh terus ke laman web di bawah ni sekarang

      http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

      Nota : Bantu saya SHARE post ini bagi manfaat ramai orang.

      Terima kasih.

      Asma Nasarudin Asma Nasarudin

      22 May 2018

  5. Terima kasih dgn perkongsian ni.

    Nur Asyikin Zainuddin

    19 May 2018

    • Sama-sama.

      Tahniah berminat.

      Pendaftaran Bengkel Saham Intensif 2018 di 4 lokasi ini dibuka sekarang.

      ✓Kuala Lumpur
      ✓Johor Bahru
      ✓ Kota Kinabalu
      ✓ Kuching

      Nak info detail & nak daftar, boleh terus ke laman web di bawah ni sekarang

      http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

      Nota : Bantu saya SHARE post ini bagi manfaat ramai orang.

      Terima kasih.

      Asma Nasarudin Asma Nasarudin

      22 May 2018

  6. Terbaik… Nak buka langkah..Tq atas perkongsiannya… Nak tanya…bengkel saham kat kuching ada tak..

    AZMI BIN JAYA

    22 October 2018

    • Tahniah & Terima Kasih atas perkongsian positif.

      Maaf ya. Kami sudah ada jadual tahun ni hanya ke Kuching pada bulan Ogos saja.

      Berminat boleh hadir di Kuala Lumpur.

      Bengkel Saham Intensif terakhir 2018

      Tarikh : 24 & 25 Nov 2018
      Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
      Lokasi : Menara PGRM Kuala Lumpur

      Pendaftaran harga daftar awal tamat pada 5 Nov 2018 jam 10 malam.

      Boleh daftar sekarang.

      Kami masih tawarkan harga daftar awal berbaloi bagi peserta yang daftar sekarang.

      Tawaran ini akan ditutup pada bila-bila masa.

      Nak info detail
      Nak daftar

      Klik je link ni sekarang http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

      Nota : Boleh daftar awal sebab pendaftaran akan ditutup pada bila-bila masa bila penuh.

      Terima kasih.

      InsyaAllah kita jumpa!

      Asma Nasarudin Asma Nasarudin

      26 October 2018

  7. Terbaik.ilmu yg ber harga utk.newbie…

    Ahmadsobri

    22 October 2018

    • Tahniah & Terima kasih tuan atas perkongsian positif.

      Berminat boleh hadir di Bengkel Saham Intensif.

      Bengkel Saham Intensif sesuai untuk yang zero knowledge dan pelabur newbie.

      Belajar 2 hari secara intensif dari asas ke advance persediaan bagaimana nak buat keuntungan di pasaran saham syariah Bursa Malaysia.

      Berminat boleh daftar sekarang.

      Bengkel Saham Intensif terakhir 2018.

      Tarikh : 24 & 25 Nov 2018
      Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
      Lokasi : Menara PGRM Kuala Lumpur

      Pendaftaran harga daftar awal tamat pada 5 Nov 2018 jam 10 malam.

      Nak info detail
      Nak daftar

      Klik je link ni sekarang http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

      Nota : Boleh daftar awal sebab pendaftaran akan ditutup pada bila-bila masa bila penuh.

      Terima kasih.

      InsyaAllah kita jumpa!

      Asma Nasarudin Asma Nasarudin

      26 October 2018

Leave a Reply to Roy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *