Melabur saham ni patuh syariah ke?

Melabur saham ni patuh syariah ke?

By on Oct 22, 2017 in Blog, Tip Pelaburan Saham | 0 comments

Soalan ini sering ditanya oleh ramai orang terutamanya yang

  • Tak tahu apa itu saham
  • Baru dengar tentang pelaburan saham
  • Baru nak mula melabur di pasaran saham

 

Sebenarnya soalan ini sangat bagus.

Ini soalan pertama yang kita wajib tanya sebelum nak melabur di mana-mana pelaburan khasnya bagi yang beragama Islam.

Kena selidik dulu saham tu patuh syariah ke tak.

Kita juga dituntut hanya pilih instrument kewangan dan pelaburan yang patuh syariah.

 

Ini penting ya!

Perkongsian saya ni hanya merujuk kepada saham-saham yang tersenarai di pasaran saham Bursa Malaysia.

Ini adalah platfrom pelaburan saham yang sah dan diiktiraf di Malaysia iaitu saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Bukan saham-saham skim cepat kaya tu ya. Itu lain!

 

Untuk bantu anda faham bagaimana nak tahu saham-saham di pasaran saham ni syariah atau tidak….

Jom baca perkongsian saya.

 

Sebelum tu saya terangkan secara ringkas apa itu saham?

Mana satu saham syariah dan tak syariah?

 

Ini khas buat yang tak tahu apa itu saham.

Bila kita beli saham di pasaran saham Bursa Malaysia bermaksud kita membeli saham-saham syarikat berhad yang beroperasi di Malaysia.

 

Saya bagi contoh saham-saham syarikat besar yang semua orang tahu.

Contohnya saham Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Petronas, Nestle, banyak lagi.

 

Ada sekitar 900 saham-saham syarikat yang boleh kita pilih dan beli.

Boleh kata kebanyakkan syarikat berhad di Malaysia memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli saham mereka.

 

Kita je yang tak tahu.

Alhamdulillah sekarang dah tahu kan.

 

Tapi ada saham syarikat yang patuh syariah dan ada yang tak.

Contoh saham tak syariah seperti Genting, Air Asia & banyak lagi.

(setakat 20 Mei 2017)

 

Siapa yang pantau dan luluskan status saham-saham ni sama ada  syariah atau tak?

Jawapan :

Majlis Penasihat Syariah dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Mereka kaji status saham ni syarikat tu sebelum beri status syariah atau tak.

 

Mereka kaji dan beri klasifikasikan status syariah berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang telah diaudit.

Biasa mereka akan update status syariah saham-saham di Bursa Malaysia (atau juga dipanggil Sekuriti) setiap tahun 2 kali.

 

Senarai terkini akan dikeluarkan setiap bulan Mei dan November.

Boleh ke laman web www.sc.com.my

 

Berapa banyak saham-saham yang syariah?

Setakat 26 Mei 2017.

Ada 901 saham-saham yang ada di Bursa Malaysia.

676 adalah saham patuh syariah.  Lebih kurang 75% syariah.

Hanya 225 saja saham yang tak patuh syariah iaitu 25%.

Sumber : Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

 

Kita ada banyak pilihan kan!

Duit je tak cukup nak beli semua saham.

Tak pe beli 2-3 saham pada satu masa sudah memadai.

 

Sebagai pelabur saham yang beragama Islam, kita boleh pilih dan beli mana-mana saham yang syariah selepas kita buat kajian.

Bagi pelabur yang bukan beragama Islam boleh pilih mana-mana saham.  Nak beli saham syariah jugak tidak ada masalah.

 

 

Bagaimana nak tahu saham-saham yang syariah?

Senang saja.

 

Bila dah buka akaun saham, semua pelabur dapat login ke trading platform (tempat semua pelabur beli jual saham).

 

Dalam trading platform sudah ditanda saham-saham yang patuh syariah.

 

Tugas kita sebelum beli satu kaunter saham, buat kajian dulu dan pilih saham-saham yang patuh syariah saja.

 

Bila ada ilmu senang kan.

 

 

Semoga perkongsian ilmu pelaburan saham ini bermanfaat dan dapat bantu anda lebih faham tentang pasaran saham.

 

Nak saya kongsi banyak lagi ilmu saham, lepas habis baca ni bantu saya terus SHARE post ini agar lebih ramai yang dapat manfaat.

Terima kasih.

 

 

Bengkel Saham Intensif

P/S – Berminat nak belajar bagaimana nak membuat keuntungan dalam pasaran saham syariah Bursa Malaysia,

boleh hadir Bengkel Saham Intensif yang saya adakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru.

 

 

Nak info detail dan nak daftar boleh ke laman web ini.  KLIK je sekarang.

http://www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Asma Nasarudin
Penulis, Pelabur & Coach Saham

 

Nak selalu dapat tips saham, LIKE FB official saya

KLIK di sini http://www.facebook.com/ebooksaham

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *