7 Langkah Cipta Aliran Tunai Positif 2017

7 Langkah Cipta Aliran Tunai Positif 2017

By on Dec 31, 2016 in Blog, Tip Pelaburan Saham, Tip Kewangan, Tip & Inspirasi | 0 comments

1 hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2017.

 

Alhamdulillah. Syukur, syukur, syukur.

 

Kejayaan 2016!

 

Tahun 2016 saya fokus membantu mereka yang nak belajar tentang ilmu pelaburan saham di Bursa Malaysia.

 

Saya telah berkongsi dengan ramai pelabur newbie & ada pengalaman melalui Bengkel Saham Intensif 2016 yang saya adakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu & Penang.

 

Ramai yang mula faham akan kepentingan menggandakan nilai wang atau buat income kedua melalui pelaburan saham yang sah & selamat.

 

Alhamdulillah ramai yang zero knowledge tentang saham; balik bengkel saham dah boleh mula melabur & ramai yang raih untung melebihi 7% dari pelaburan saham pertama.

Ada yang dah rasa profit 45%.

Dan sekarang konsisten profit!

Tahniah!

 

Yang rugi tetap ada.  Rugi bukan bermaksud kehilangan semua wang. Kurangkan jumlah rugi kurang dari 1% jika tahu teknik yang betul.

 

Untung 10 kali, rugi 2 kali sepanjang tahun itu, perkara biasa.

 

 

Rekod Peserta Bengkel Saham Intensif 2016

“Salah seorang peserta Untung RM12,000 dalam masa 5 bulan

selepas hadir di Bengkel Saham Intensif 2016″

 

 

Anda bagaimana?

 

Bagi yang ingin terus meningkatkan tahap kewangan tahun 2017, saya kongsi di sini;

 

7 Langkah Cipta Aliran Tunai Positif 2017

 

1.  Niat

Mulakan dengan niat. Sama ada;

Niat nak kaya berjaya dunia akhirat.

Niat nak ada sejumlah wang setiap bulan.

Niat nak ada pendapatan pasif setiap bulan.  

Niat nak kembangkan wang simpanan.  

Niat nak hidup bebas hutang.  

Niat nak bantu keluarga.

Niat nak beli rumah.

Niat nak bawa keluarga pergi melancong.

Niat boleh memberi dan bersedekah.

 

Apa pun yang diinginkan, mulakan dengan niat yang baik-baik kerana niat & usaha adalah doa.

 

 

2.  Disiplin Simpan

 

Disiplinkan diri untuk simpan 10%, 20% atau 30% daripada pendapatan setiap bulan tanpa gagal.

 

Peratus jumlah yang disimpan mengikut kemampuan kewangan masing-masing.  Lebih banyak lebih bagus.

 

Tetapi bukan simpan di dalam tabung plastik di rumah.

 

Simpan di rumah, nilai wang adalah statik, nilai wang tidak akan berkembang. Malah nilai wang simpanan adalah menurun disebabkan harga barang semakin meningkat setiap tahun.

 

Cara terbaik kembangkan wang dengan membuat pelaburan.

 

Tetapi bukan pelaburan skim cepat kaya, bukan pelaburan yang tidak sah, bukan pelaburan yang tidak berdaftar dengan Bank Negara, bukan pelaburan tidak disahkan halal haramnya.

 

Ada banyak pelaburan yang sah, selamat dan diiktiraf di Malaysia.

 

Boleh lihat laman web Bank Negara.

 

 

3.  Belajar Ilmu Pelaburan

 

Pelaburan adalah ilmu kewangan yang perlu dipelajari dan dikuasai kerana dengan pelaburan kita berpeluang menggandakan wang kita cara bijak.

 

Orang yang terbaik urus wang kita adalah diri sendiri.  Bukan bergantung kepada konsultant kewangan semata-mata.

 

Cari dan belajar ilmu pelaburan.  Baca buku dan hadir ke bengkel atau kelas tentang pelaburan.

 

Membaca dan menghadiri bengkel  atau kelas adalah cara mudah dan cepat untuk dapatkan ilmu sebab kita belajar dari pengalaman mereka.

 

Kita hanya perlu fahami dan aplikasi untuk dapat hasilnya dalam masa yang singkat.

 

 

4.  Buat Pelaburan

 

Pelaburan adalah cara bijak kembangkan wang kerana dengan pelaburan yang betul, pelaburnya boleh menikmati aliran tunai berterusan dan simpanan di masa depan.

 

Terdapat banyak peluang pelaburan wang tunai yang sah di Malaysia.

 

Tentu ramai yang sudah melabur seperti simpanan deposit di Bank, Tabung Haji, ASB, potongan KWSP dan Unit Turst. Wang pelabur berkembang dengan dibayar sejumlah dividen yang ditetapkan setiap tahun.  Tahniah kepada yang sudah melabur.

 

Mungkin ramai yang tidak tahu?

Institusi-institusi perbankan dan pelaburan yang terdapat di Malaysia juga melabur sejumah wang pencarum atau pendeposit di kaunter-kaunter pasaran saham Bursa Malaysia dan selepas itu membahagikan hasilnya dalam bentuk dividen kepada pencarum atau pelaburnya.

 

Masih ramai yang tidak tahu, kita juga boleh melabur secara terus di pasaran saham Bursa Malaysia dengan buka akaun saham.

 

Dengan melabur di pasaran saham, kita boleh menentukan sendiri peratus pulangan yang diinginkan sama ada setiap minggu, bulan atau tahun.

 

Cara Nak Buka Akaun Saham

Caranya pergi buka akaun saham di mana-mana Bank Investment atau Broker Berdaftar di Malaysia.

 

Periksa info ini di laman web Bursa Malaysia.  Hanya perlu bayar RM10.60 untuk buka akaun saham.

 

Modal belakang kira.  Buka akaun dulu. Belajar cara bagaimana nak melabur saham.  Kemudian masukkan modal ke dalam akaun saham anda.  Selepas itu anda sudah mula melabur saham.

 

 

5.  Cari pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi

 

Tujuan pelaburan untuk mendapat sejumlah pulangan dan kembangkan wang.

 

Perkara penting yang mesti kita mesti tahu sebelum melabur ialah berapa peratus pulangan yang diterima dan tempoh masa.

Pulangan 4%, 6%, 7% atau 10% tentu jauh beza pulangan dengan pulangan 20%-100% setahun.

 

Cara terbaik cari pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi & patuh syariah.

 

Pelaburan saham di Bursa Malaysia memberi pulangan tunai yang terbaik dengan syarat pelabur membeli saham dengan cara yang bijak dan berilmu.

 

Bagi yang mempunyai lebihan wang tetapi tidak melabur di pasaran saham adalah agak rugi kerana tidak mengambil peluang yang tersedia untuk menggandakan wang secara berterusan.

 

Berdasarkan prestasi kenaikan harga saham beberapa kaunter saham (saham syarikat), ada yang melebihi 100% dalam masa setahun dan lebih.

 

Proses beli jual saham juga sangat sistematik, flexible dan boleh dapatkan aliran tunai dengan cepat.

 

 

6.  Nikmati hasilnya

 

Reward diri dan keluarga. Nikmati hasil pulangan pelaburan untuk diri dan keluarga.

Bayar zakat, beri sedekah dan bantu golongan yang susah.

 

 

7.  Labur Semula

 

Labur semula modal dan wang yang disimpan untuk dapatkan pulangan dan pendapatan berterusan.

Dan akhirnya, kita menjadi tangan yang di atas iaitu tangan yang sentiasa memberi.

 

Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad’s Cashflow Quadrant menyatakan;

kebanyakan orang-orang kaya menerima 70% pendapatan mereka daripada pelaburan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi idea kepada anda bagaimana nak bina dan tingkatkan tahap kewangan di tahun 2017.

 

InsyaAllah tahun 2017 saya akan terus aktif berkongsi ilmu pelaburan saham kepada ramai orang.

 

Saya akan berkongsi ilmu ini melalui Bengkel Saham Intensif, Private Coaching Saham, penulisan eBook Saham Terbaru & Perkongsian ilmu percuma di laman web ini.

 

Berminat nak di bantu?

Boleh daftar sekarang. KLIK link di bawah

www.ebooksaham.com/bengkel-saham-intensif

 

 

Selamat Tahun Baru 2017!

 

My Photo

Asma Nasarudin

Pengasas Rich Kreatif

Penulis, Pelabur & Coach Saham

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *